[Fikirkan Tentang Suatu Pemandangan.
Saya percaya sebahagian besar daripada kita melukis buat kali terakhir ketika di bangku sekolah. Kecuali kepada mereka yang kerjayanya adalah melukis.
Paling banyak aktiviti melukis kita adalah ketika di sekolah rendah. Apabila guru mata pelajaran tidak hadir ke sekolah kerana cuti atau berkursus, maka guru yang masuk menggantikan guru tersebut akan memberi sehelai kertas. Dan aktivitinya tidak lain dan tidak bukan adalah melukis dan mewarna.
Mari kita buat sedikit aktiviti. Untuk melaksanakan aktiviti ini anda perlukan sehelai kertas dan pastinya sebatang pensil atau pen. Dan kalau rajin lagi sediakan dengan pensil warna sekali.
Cuba anda fikirkan dan bayangkan satu pemandangan yang menarik hati anda. Setelah berpuas hati dengan pemandangan yang anda bayangkan itu, teruskan aktiviti anda dengan melukis pemandangan tersebut.
Saya tak tetapkan tajuk pemandangan apa yang anda patut lukis. Anda bebas untuk melukis apa bentuk pemandangan pun yang terlintas dalam fikiran anda sekarang ini.
Teruskan kerja anda sehingga selesai. Jangan skroll ke bawah melainkan anda telah selesai dengan lukisan anda itu.
Jangan terkejut.....
Saya percaya berikut adalah antara contoh pemandangan yang ada dalam bayangan fikiran anda dan ianya juga adalah pemandangan yang anda akan lukis. Cuma bezanya pasti lukisan yang berikut ini jauh lebih cantik daripada lukisan anda.
Adakah anda setuju dgn apa yang saya katakan?
Mengapa terjadi sedemikian?
hmmmmh baguuus
ReplyDelete